Wednesday, April 7, 2010

KARI AYAM AROMATIK

Bahan2nya:

1 ekor ayam (potong 16)- dibersih & ditoskan
2 biji kentang- belah 8 setiap biji
daun kari- 3 tangkai

Bahan Kisar:-

* 5 ulas bawang merah
* 4 ulas bawang putih
* 2 inci halia
* 1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
* 2 batang serai
(kisar semua sekali bhn yg bertanda *)

2 kuntum bunga lawang
2 btg kulit kayu manis rempah kasar
4 biji buah pelaga
1 batang serai - diketuk
*4 s/b serbuk kari * liena guna cap babas
*1/2 s/k serbuk jintan manis
*1/2 s/k serbuk jintan hitam
*1 s/k serbuk kunyit
(masukkan dlm magkuk dan gaul semua sekali sehingga sebati)
air secukupnya
air asam jawa secukupnya
garam, gula secukup rasa

~ liena tak suka pakai aji so liena gantikan dgn sedikit gula sebagai penambah rasa

CARA2NYA:-
Kisar bahan yg bertanda * sehingga lumat, tumis bahan kisar tadi sehingga wangi dan pecah minyak, masukkan rempah kasar, kacau rata. kemudian masukkan serai yang telah dititik tadi kemudian masukkan rempah yg telah digaul tadi tumis sehingga garing + dan pecah minyak. Jangan sampai hangus pulak yer.Kemudian masukkan kentang dan ayam gaul shgg serata. Masukkan 2 cawan air dan gaul lagi, api jangan besar sangat yer... biar sederhana ajer. Biarkan masakan tu merenah dan kentang shhg empok, kemudian bolehlah dimaksukkan air asam jawa dan bahan perasa (garam dan gula ) secukup rasa.tunggu seketika biar gulai kari tadi betul22 masak dan terbik minyak dipermukaannya. dah siap bolehlah dihidangkan bersama nasai panas atau pun boleh jugak dimakan bersama dgn roti...nyummm...nyummm... sedap cubalah.


selamat mencuba.....