Monday, April 27, 2009

Sos kentang putar ala2 KFC

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
650 ml air
5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam

Cara-cara
Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

Mee Rebus Udang


Mee rebus udang ala Singapura
(sumber : Mat Gebu@myresipi.com )

Bahan-bahan ( 5 orang )
500 g mee kuning
2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua
Limau kasturi secukupnya
Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus
Hirisan cili hijau dan merah
Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang
250 g udang sederhana besar

BAHAN-BAHAN UTK KUAH:-
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah kecil*
1/2 cm halia*
2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan*
2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus)
2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air
1 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
3 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus
1 camca besar tepung gandum,dibancuh dgn sedikit air. (optional)
1 biji tomato, dibelah empat

Cara-cara
Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan. Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit utk mendapatkan stok udang. Buang kotoran yg timbul (seakan2 buih bewarna merah ketika mendidih atau dipanggil "scum"). Ketepikan
Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yg tlh dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bhn2 kisar dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.
Tuangkan air rebusan udang, kentang lecek dan belahan tomato. Perasakkan dgn garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat. Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.(kuah bergantung pada keperluan masing2)

UTK MENGHIDANG:- Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun tauhu dan tauge. tuang kuah hingga 3/4 penuh. Hias dgn telur rebus, hirisan salad kobis, hirisan cili hijau/merah, udang yg tlh digoreng tadi, bwg goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi (boleh juga dgn carikkan daging ayam)... Bolehlah dihidangkan

Homemade kuey teow

Home made kuey toew. Mari buat kuey toew sendiri...

Bahan-bahan ( satu kilo )
350 tepung gandum
150gm tepung beras
1 biji putih telor
200 ml air
tepung ubi secukupnya
minyak secukupnya
air untuk merebus
garam secukupnya


Cara-cara
1. Satukan kedua2 jenis tepung,putih telor dan air ke dalam mangkok adunan dan uli doh. Kemudian jerang air dalam periuk dan setelah air mendidih, masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya)
2. Setelah adunan siap, masak air dan letakkan sedikit minyak dan biarkan mendidih.
3. Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam mesin pasta pada no1 dan putar (makin banyak tepung maka akan lebih panjang kuey teownya)
4. Putar adunan sehingga tepung nampak rata dan tukar tahap nipisnya dengan no besar (saya buat sehingga no4 atau no5)
5. Setelah nipis taburkan tepung ubi ke atas adunan supaya tidak melekat dan lakukan sehingga semua aduna habis diputar nipis
6. Setelah semua adunan nipis, masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi besar (biasanya ada 2 saja - untuk mee dan untuk kuey teow)
7. Terus memotong sehingga adunan habis , Setelah air mendidih, rebus kuey teow sedikit2 atau muat tapisan-periuk)
8. Rebus sebentar sahaja atau sehingga kuey teow timbul - angkat dan toskan, Letakkan kuey teow yang telah ditoskan ke dalam dulang/loyang dan tuangkan sedikit minyak dan gaul rata (buat semasa kuey teow sedang panas. Jika tidak kuew teow akan melekat antara satu dengan lain)
9. Ulang proses tersebut sehingga kesemuanya habis dan sejukkan kuey teow sebelum disimpan atau digunakan.

SELAMAT MENCUBA

Homemade Mee Kuning

7.
6.
4.
3.
2.
1.

salam buat semua rakan2 blog/FP, pada sapa2 yang masih tercari2 resepi ini, and pasti teruja untuk mencubanya.. nak2 kalau area yg susah nak cari mee nie a.k.a spagetti melayu hehe....oklah yer selamat mencuba semua semoga berjaya.


- mee sihat tanpa air abu

(sumber: oleh: tuntung15)

Bahan-bahan ( 1.2 kilo mee )
500gm tepung gandum
1 biji telur
Air (sukatan lihat dibawah cara-cara ye)
Sedikit kunyit serbuk


Cara-cara
1.Masukkan tepung gandum kedalam pasta mixer.
2.Masukkan adunan cecair (1 biji telur + serbuk kunyit + air = 220ml). 'On' kan mesin.
3.Nah! sekarang mee kuning dah keluar.
4.Rebus mee kuning dalam air mendidih selama 2-3 minit. Jangan rebus lama nanti mee akan kembang.
5.Tapiskan mee kuning dan cuci dengan air paip.

6.Gaul mee dengan sedikit minyak untuk mengelakkan mee melekat.

7.Itu jer la caranyer. Mee ni tidak bergaram. Jadi pandai-pandai lah adjust garam masa memasak nanti.
* rujuk gambar di atas.

Sunday, April 26, 2009

KITA SERUPA...

Buat Cik Rinna & CikRi

Emm... dah 10 tahun rupernya yer korang bersama, semoga kalian berdua tetap mainten daring & loving each other ... suka tgk muka ala2 bulat mcm rinna nie penuh screen, pueh hatilah den tengok . Jerawat sebijik kat pipi tembam tu pun den leh nampak...hehe jangan mare yer rinna akk gurau jer.Apapun "Happy Anniversary " dari kami sekeluarga.
buat member2 yang tingin nak tahu lebih lanjut pasal rinna boleh clik kat Fp dia
http://fazzarinna.fotopages.com/


~~~~~~~~~~~~~~@@@@@@@@@@@@~~~~~~~~~~~~~~~~~

hehe... muka keletihan semua tgh tunggu pu3 wat concert dancing..

nielah 2 orang budak perangai giler2 selalu bikin mummy dgn papa fening...kalau berjumpa mmg kecoh 1 rumah... ngalahkan ramai sangat kaum kerabat kat umah.
Kami berkongi tahun yang sama, 10 tahun bahagia melayari kehidupan berumahtangga bersama pasangan hidup yang dicintai membawa erti yang sukar digambarkan. Kebahagian kami jelas terpancar pada raut wajah masing2... dengan kahadiran 2 orang cahayamata menyerikan lagi mahligai bahagia kami sekeluarga. Episod demi episod suka duka kami tempuhi bersama dan terpatrilah janji sehidup semati diantara pasangan masing2. Ku doakan semoga kebahagiaan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.

AMIN.....

Abg Z, mummy luv u for ever n ever... muahhh
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TAHNIAH BUAT ZAI & MR. T


Sekalung Tahniah buat zai & mr.t sekeluarga di atas kelahiran permata hati yang ditunggu2 selama ini. Semoga zai dan baby sihat2 hendaknya dan tidak lupa juga buat kalian berdua kerana telah berjaga mendaftarkan diri di kelab2 ibu bapa soleha hehe...

p/s buat zai,

Pstt zai pas nie rajin2 berpantang jangan ngelat tau karang habis pantang letih nak berdiet.. masa skang nielah kau buat betul2... insyallah gerenti lebih selim melim dari zaman anak dara ...apa pun zai tetap cute... kalau korang nak tahu/tgk citer yang lebih menarik lagi dan tahu lebih lanjut pasal zai kulim nie sila2lah yer clik kat FP dia...
http://zbintim.fotopages.com/ cik kak sorang nie mmg pemes kat dunia FP... sebut jer "ZAI KULIM" aku rasa mesti ramai yg pernah singgah FP dia. mmg best arrr lepak FP dia nie mmg banyak citer.. org kata tak sempat cik labah2 nak buat sarang dah masuk citer baru.. hehe.. jangan mare yer zai akk gurau jer.
Apapun Tahniah sekali lagi dari kami.

Tuesday, April 21, 2009

Apa cer????

22.04.2009 - Edisi Boring gilossss

Hari nie tak de apa nak citer, cuma aku terasa boring semacam ajer
yerlah abang tak masuk keja hari nie... pergi keja pun sendiri dgn anak2
AL plak dia hari nie..katanya ada hal skit nak settle. Memandangkan hari nie aku "bujang" nampak gayanya terpaksa balik keja awallah emmm.... apa lagi operasi memasaklah malam karang, udah En zam ada kat umahkan hubby aku nie mmg tak suka sangat makan kat luar... aku goreng telur masak kicap dgn ulam sayur pun dia kata sedap..hehe... kembang setaman rasanya tapi tulah dia perangai laki den. mmg sempoi senang tul bela dia nie..makan tak cerewet. belasah jer janji sedap dan halal katanya..

oklah nnt aku hapdet lagi yer... tunggu gambar dan citer seterusnya.. nak citer banyak2 takut ada yg termuntah plak karang...sian plak kena ambik mc. oklah yer nnt kita sambung lagi.

chow chin chau...

Wednesday, April 8, 2009

Ikan Kembung Masak Asam Pedas

Dadih durian



1 paket serbuk dadih segera
7 mug air

* diantara produk serbuk dadih yang paling senang bangat...
* rasa mmg sedap..




Ayam Beraini



Bhn2nya:

1/2 ekor ayam yang dipotong kecik
1 paket pes ayam/daging beraini
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
(dimayang)
3 biji kentang *
2 biji tomato*
(belah 4)
1 paket santan
minyak

* masak mcm uol masak kari yer....leh makan dgn nasi putih gak or cecah roti... emmmm yummmy

Roti Prata Berinti Ayam Berempah

Nasi Impit


Bahan-bahannya:
1 bungkus Nasi Impit Nona/Adabi
1 Paket kacang Tanah- goreng tanpa minyak
5 ulas Bawang Merah*
2 ulas Bawang Putih*
2 S/b Cili Giling*
1 keping Gula Merah / Gula Nisan
1 inci Belacan*
serai- diketuk
halia*
1/2 cawan minyak masak
garam gula secukup rasa
1/2 cawan air Asam jawa
( bhn2 yang bertanda * hendaklah di kisar sekali)

Cara memasak:
1.Rebus nasi impit sehingga masak, kemudian tapis dan masukkan dalam bekas.
2.Panaskan kuali dengan minyak, dan masukkan bhn2 kisar tadi kedalam kuali dan tumis bahan2 tadi sehingga wangi dan terbik minyak...jangan lupa mskkan serai tadi yer lepas tu kacau lagi karang hangus den tak tahu..kui..kui..
3. Kemudian masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk sedikit kasar , kemudian gaulkan sehingga sebati.. tumis bahan2 tadi sehingga sedikit bahan2 tadi betul2 sebati dan terbit minyak
4. Last sekali bolehlah di masukkan bahan perasa secukupnya.. rasa manis, masin, asamnya... kalau ok kira korang dah paslah tu...hehe...