Wednesday, May 6, 2009

SAMBAL DAING POWER GILER

(diceduk dari Majalah Rasa, Julai 2008)

Bahan-bahan:-

100 gm ikan bilis
5 biji bawang merah
1.5 cm belacan
15 biji cili padi
125 ml air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
-saya tambahkan sedikit daun kunyit sebagai penambah aroma

Cara
1. Tumbuk bawang merah,cili padi dan belacan .Masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi. Air asam jawa digaul sebati pada bahan yang ditumbuk
2.Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga pecah minyak.Kacau rata.
3.Masukkan garam secukupnya.Kacau lagi hingga agak kering.
4.Angkat dan sedia dihidangkan.
boleh makan dengan nasi panas emmmmm yummyy!!!!

nnt dah cuba liena paste gambar yer...

No comments: