Tuesday, May 19, 2009

Syair Cinta- Alaf 21

SYAIR CINTA
Alaf 21 (RM19.90)

AKU KAKI BUKU

Sejak sekian lamanya aku ketepikan minat membaca novel, nak kata tak de masa tak jugak tapi sejak pas kawen nie minat aku kat majalah mmg tak boleh dibendung2 lagi, pantang nampak jer majalah apa pun aku pasti beli... kadang2 menjeling gak cik zam... arrr belasah jerlah. Tangan ligat lagi mencapai 2-3 buah majalah kegemaran ku... entah mcm mn sambil leka dok membelik2 majalah aku dah sampai kat deretan novel keluaran terbaru ALAF 21... mak aikkk banyaknya novel... berpinar gak biji mata aku. Sambil mata ligat mencari novel yg menarik aku pun teruja dgn satu novel cinta nie.. tajuk mmg best giler citer tak pasti lagi.. emmm tak buang masa lagi aku pun letaklah buku2 yg aku sempat sambar tadi... belum sampai rumah lagi aku dah sibuk membelik buku2 yg aku beli tadi... cik zam mengomel jugak "mummy mcm budak2 dapat gula... tunggu2lah sampai rumah... dalam hati geram gak.. isyyy tak leh nampak aku nak menyenangkan diri.. dia bukan tak tahu aku nie mmg hantu buku... oklah nnt kita sambung balik yer.. citer seterusnya... kesudahan novel yg baru aku beli hari tu
tungguuuuuuuuuu!!!!!!!!!

21.05.2009

Akhirnya khatam gak aku baca novel, nie mmg best... jalan citer ada kala lembab sedikit tapi dalam ms tu minat nak th apa citer seterusnya semakin tak tertahan lagi.... kadang2 sampai berjam2 aku melepak tak bergerak dok leka membaca. Tahu akhirnya mmg puas end of the story happy ending mcm biasalah...

oklah pada yang masih belum membeli or ada niat nak beli novel nie apa kata kita layan seketika sinopsi cerita ini. jom layannnnnnnnnnnnn...............tapi sebelum tu aku dah fikir buku apa plak aku nak baca lepas nie....hehe... jom tgk kat sini carta apa yg dok tangga top 10 http://www.kedai-buku.com/

Sinopsis

CINTA antara Dayang Sabrina dan Ungku Isfan tidak boleh dipisahkan lagi walaupun telah dihalang oleh Ungku Saerah. Namun, bermulalah suatu episod duka di mana Dayang termakan janji manis wanita itu untuk menerima jemputan ke suatu majlis.
Di situlah, Dayang menerima segala kemarahan dan kebencian wanita itu. Dia dituduh cuba menjerat cinta Ungku Isfan sematamata kerana kedudukan dan kemewahannya. Dia turut diselar dengan kata-kata nista yang benar-benar merobek jiwanya. Hati Dayang tercalar bagai dihiris sembilu. Siapa yang mahu diri dihina sedemikian rupa? Lantaran, dia melarikan diri dengan hati yang lara dan perasaan yang hiba sehingga terlibat dalam suatu kemalangan ngeri. Mujur, nyawanya masih panjang. Trauma kecacatan wajah yang dialami berat untuk ditanggung walaupun telah dibedah.
Lima tahun berlalu... Dayang bangkit dengan suatu tekad. Dia mesti membalas dendam. Keangkuhan dan keegoaan Ungku Saerah harus ditundukkan. Namun, niatnya tidak sampai ke penghujung apabila munculnya seorang lelaki yang telah lama menghilang. Kehadirannya membongkar suatu peristiwa yang berlaku di dalam keluarga ternama itu.

Tinta Penulis:

‘SYAIR CINTA’ mengutarakan persoalan cinta yang dihadapi oleh beberapa individu dalam situasi berbeza. Kesan sejarah silam, cinta Ungku Putra Isfan dan Dayang Sabrina terlerai. Cinta Ungku Putra Ismadi turut kecundang, tidak kesampaian. Semuanya kerana Ungku Saerah, yang menjadi prejudis terhadap setiap wanita yang cuba dibawa masuk ke dalam keluarga mereka.
Anehnya dalam suatu masa yang sama, Ungku Putri Qamelia mulai diburu oleh cinta seorang pemuda bernama Mikhail Mursyid. Manakala gadis yang bernama Salyna mula mencuri tempat di hati Ungku Ismadi.
Bayangan Dayang Sabrina juga muncul mengganggu mimpi Ungku Isfan. Semuanya itu kelihatan seperti terancang. Namun, tiada siapa terduga bahawa ada misteri dan rahsia di sebalik setiap kejutan dan segala ketentuan... Paparan mesej di dalam novel ini mengutarakan kesucian cinta yang cuba melepasi segala rintangan. Cinta yang tulus memang sedia wujud, segar mekar, tidak pernah layu di jiwa setiap insan. Dalam himpitan pahitnya kenangan dan kejamnya keadaan, masing-ma sing berjuang dalam menggapai desakan cinta meskipun de ngan hati terluka. Namun, berjayakah mereka men capai bahagia? Adakah itu nilaian terbaik buat diri sendiri dan orang-orang tersayang? ‘Syair Cinta’, saya hidangkan khas buat semua pembaca untuk menying kap sebuah persoalan... Selamat menerokai wajah topeng cinta di hati Mikhail Mursyid dan Salyna Sobri!

No comments: