Wednesday, June 24, 2009

Betul ker nie??? atau gurauan...


* pas nie manalah gamaknya kau nak sorok mukanya yg x cun nie yer.... muka masuk paper tu.....

Wanita didakwa menyamar doktor
Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail
nazuri@bharian.com.my
Khiron Mansor

Bekas pembantu klinik guna sijil palsu SHAH ALAM: Seorang wanita bekas pembantu klinik, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dua tuduhan menyamar sebagai doktor sambilan menggunakan nama Dr Nina di dua klinik di sini antara 2007 dan 2008. Khiron Mansor, 47, didakwa menyamar sebagai doktor sambilan di Klinik Bandaran di Seksyen 15 dan Klinik Anis di Seksyen Dua menggunakan sijil Perakuan Amalan Tahunan milik doktor lain. Khiron didakwa menyamar sebagai doktor sambilan di Klinik Bandaran dan menerima bayaran upah mengikut jam sebanyak RM390 pada 2 September 2007 dan 31 Oktober 2007.
Dia juga didakwa melakukan kesalahan sama di Klinik Anis dengan menunjukkan sijil Perakuan Amalan Tahunan milik doktor lain dan menerima upah bayaran mengikut jam sebanyak RM470 pada 9 Mac 2008 dan 26 Mac 2008. Ibu kepada empat anak itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan itu dan minta dibicarakan. Majistret Afifah Mamat @ Yusof menetapkan 8 Julai untuk sebutan kedua. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Dalira Din, manakala tertuduh diwakili Peguam, Bustaman Mansor.
Afifah membenarkan Khiron dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 bagi dakwaan menipu Klinik Bandaran dengan seorang penjamin dan RM2,500 untuk tuduhan menipu Klinik Anis, juga seorang penjamin. Bagi kedua-dua tuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu untuk mendapatkan bayaran dan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta denda. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Chong Mun Phing, berkata tertuduh ditahan di sebuah klinik di Bukit Sentosa ketika menyamar sebagai doktor sambilan pada 3 Jun lalu. Katanya, penyamaran wanita itu terbongkar apabila seorang doktor di klinik itu memeriksa sijil perakuan dan mendapati nama yang digunakan pada sijil itu milik doktor lain yang mempunyai klinik di sini.
Chong berkata, wanita itu bijak menyamar dan tahu tugas seorang doktor kerana pernah bekerja sebagai pembantu klinik selama beberapa tahun di beberapa klinik. "Siasatan mendapati suspek mencuri sijil perakuan yang dikeluarkan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dari sebuah klinik di Kelantan dan mengubah nama serta maklumat peribadi," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini. "Wanita ini akan ke klinik untuk menawarkan perkhidmatan sebagai doktor sambilan menggunakan nama samaran termasuk Dr Nina dan menunjukkan sijil perakuan palsu sebagai bukti. Chong berkata, Khiron mengenakan bayaran antara RM30 hingga RM35 sejam dan dianggarkan memperoleh pendapatan RM5,000 sebulan hasil penipuan itu. Katanya, polis menerima enam laporan polis berhubung penipuan wanita itu iaitu lima klinik sekitar bandar raya ini dan sebuah di Bukit Sentosa. Beliau berkata, pihaknya juga sedang memburu kakak Khiron bernama Rossnah Mansor, 51, alamat terakhir Taman Sri Muda di sini bagi membantu siasatan.
Mmg aku tak sangka betul yerlah... mana taknya mmg rupa dia tak mcm penipu... tp tak sangka pompuan nie mmg boleh jadi "Pelakon pompuan terbaik" mmg tak kekok langsung... tp ada gak member kawan kat klinik tmpt pompuan nie kena dulu... bila tang kn jahit luka patient tetiba tangan dia mengeletar.. member aku pun dalam hati berdetik gaklah... ehhh doctor nie mcm tak biasa plak wat kena jahit menjahit nie... pelk bin ajaib gaklahkkan... tp dalam berani2 tu napak gaklah gabranya dia nie... mula tu tak caya gak dgr citer da nie tp doctor lain gak yg berciter benda yg sama baru aku percaya...Ya allah terkejut beruk aku bila dapat tahu doktor yg selama nie merawat pesakit sebenarnya adalah penipu besar, segala bapak penipulah dia nie... korang mesti pelik kan kenapa aku benci sangat dgn doctor nie... bukan apa sebenarnya pompuan ni, jadi doctor sambilan kat panel klinik tempat aku berkerja. Adalah beberap kali aku pergi untuk mendapatkan rawatan.... mmg tak caya sungguh bila fikirkan dia tergamak buat tindakan sedemikian rupa, dn sanggup membahayakan nyawa pesakit yg tidak berdosa ini..... paling aku kesian kat orwer klinik nie Doctor as (bukan nama sebenar) aku rasa dia pun baru dapat tahu yg doctor sambilan dia tu sebenarnya hanya layak jadi 'PEMBANTU KLINIK" ajer... tp dah duduk kat tempat yg tidak sepatutnya....fikirkan balik geram sungguh... sebab habis 1 family aku dah pernah buat rawatan kat dia.... mmg kaki manyamar betul... kalau ms bertugas, mmg nampak biasa... gaya pun mcm doctor2 gitu, siap dgn kaca mata dia, bibir merah menyala mcm b***t* beruk.....eye shedow tak kena langsung dgn baju..... bil tanya dulu doctor kerja kat mana sbb tak pernah juma u ka sini, dgn selamba badak dia jwp * badakpun tak mn tu.... I baru balik dari Arab Saudi brtugas disana sbg Doctor, nie pun baru balik malaysia dalam 3-4 bulan shj. hhe... hubby aku lagi sedap tanya soklan cepu mas... " em doctor dah kahwin ker???? ehhh saya belum kain, sapalah nak kita dah tua katanya....... servis dia mmg tip op.... tp yg membuatkan aku curiga tu bila dia kat dpn kita...siap boleh tgk buku lagi, b4 nk listkan nama2 ubat yg hendak kami telan nnt....

Sib baiklah aku cepat2 sedar kalau tak spital manalah aku duduk skang yer.... member opis 2 org dah terkena , kisah seremmmmm dan mengerikan buat mereka....

No comments: