PERGIMU MENIGGALKAN SERIBU KENANGAN BUAT KAMI
AL- FATIHAH BUAT ABDULLAH BIN MAT DESA
Tanggal 26/07/2009, perginya seorang atuk yang sangat kami sayangi..
tiada lagi penghulu kami yang bisa menjaga keamanan keluarganya.. yang tinggal hanyalah askar2nya yg kerdil....
sedih sangat rasanya, pemergian atuk mmg amat dirasai. Mana taknya baru 3 tahun opah kami pergi mengadap illahi, kini atuk menyusul mengiringi opah plak. Tapi tulah dia semua org kata atuk meninggal rasa mcm tak caya jer.. mana taknya baru ptg semalam sihat2 jer berborak dibawah pokok pelam dia sambil minum kopi kegemaran dia tu.
Pada 24/7/2009 atuk mengadu sakit dada ngan sesak nafas lepas ambik wuduk cadangnya mmg nak gie sembahyang maghrib, tapi tak sempat... atuk pengsan dalam wuduk lagi. Kak chik (makcik den) yg tggl bersebelah dgn makcik milah kelam kabut bila tuk tak sedarkan diri, panggil jiran tetangga (sedara gak ler) suh call ambulan. Tak sampai 1/2 jam Ambulan Perak Hanjoong pun tiba. Bawak tuk ke hospital Kuala Kangsar. Disana tuk dirawat diunit keemasan sebelum ditransfer ke unit ICU. Atuk tak lama di Hospital KK, maybe peralatan tak cukup ditransferkan ke unit ICU Hospital Taiping... '
Panggilan petang jumaat tu mmg mengejutkan aku... berfikir gak ler aku nak call abah bagitahu ayah dia (atuk kami) masuk spital, takut dia kn serangan jantung masak plak aku..dgn kekuatan yg ada ku gagahkan jugak mendail no hand set abah.... sib baik mak yg angkat, bila ku terangkan kat mak tuk koma mak terkejut, tapi lepas tu mak pass ganggang kat abah... puas gaklah aku menyusun ayat... kasi baik punya yerlah takut abah terkejutkan... tapi masa aku inform tu mmg senyap kejaplah dia... bila aku panggil 3-4 kali nama dia baru aku dengar suare dia fuhhhhh..... berpoloh gak lah cik na...
Dgr dari suare abah tu nampak dia terkejut tp tenang, aku ajak dia balik padang rengas malam nie gak... dia nak ikut... alhamdulillah moga2 kami sempat lah...
malam tu jugak kami gerak ke hospital taiping...
bersambung nak balik dah nie....
2 comments:
salam takziah...
datang jengok blog ni
=)
Post a Comment