Tuesday, June 23, 2009
N3 MERAPU.... MY HAPPY FAMILY
Thursday, June 4, 2009
SYOKNYA JALAN-JALAN CUCI MATA

mula2 tu risau gak sbb adik tak biasa tggl lama2.. nak2 bila malam mesti nak tido dgn mummy dia.. mlm semalam siap cakap lagi adik nak mummy, adik nak balik rumah, suh papa ambik adik sekarang jugak... hehe... mana boleh mummy ngn papa nak honeymoon nie.. marah betul dia...hahaha..saja jer suka sakat dia.
Abang dgn adik tak tahu lagi rancangn kami tuk bercuti di PD, kalau tahu emmm mesti pecah gegendang telinga aku dgr jerit pekik drg tu. saja nak bag surprise. Peluang cik zam dapat bilik apartment free dari supplier mmg ditunggu2. so holiday kali nie disponsor oleh kak halimah tokey baru astana apartment. Hadiah anniversary kami katanya. Poeirlah honeymoon pueh2... amboi kak dasyat sungguh bunyinya... takut aku dengar.. tq kak lain kai sponsorlah lagi yer...
oklah korang penat dah menaip, tggu yer edisi akan datang... dengan gambar percutian kami nanti. apa pun aku mmg tak sabar nak mandi laut. terasa mcm zaman budak2 plak...
Tuesday, May 19, 2009
Syair Cinta- Alaf 21
SYAIR CINTAAlaf 21 (RM19.90)
AKU KAKI BUKU
Sejak sekian lamanya aku ketepikan minat membaca novel, nak kata tak de masa tak jugak tapi sejak pas kawen nie minat aku kat majalah mmg tak boleh dibendung2 lagi, pantang nampak jer majalah apa pun aku pasti beli... kadang2 menjeling gak cik zam... arrr belasah jerlah. Tangan ligat lagi mencapai 2-3 buah majalah kegemaran ku... entah mcm mn sambil leka dok membelik2 majalah aku dah sampai kat deretan novel keluaran terbaru ALAF 21... mak aikkk banyaknya novel... berpinar gak biji mata aku. Sambil mata ligat mencari novel yg menarik aku pun teruja dgn satu novel cinta nie.. tajuk mmg best giler citer tak pasti lagi.. emmm tak buang masa lagi aku pun letaklah buku2 yg aku sempat sambar tadi... belum sampai rumah lagi aku dah sibuk membelik buku2 yg aku beli tadi... cik zam mengomel jugak "mummy mcm budak2 dapat gula... tunggu2lah sampai rumah... dalam hati geram gak.. isyyy tak leh nampak aku nak menyenangkan diri.. dia bukan tak tahu aku nie mmg hantu buku... oklah nnt kita sambung balik yer.. citer seterusnya... kesudahan novel yg baru aku beli hari tu
tungguuuuuuuuuu!!!!!!!!!
21.05.2009
Akhirnya khatam gak aku baca novel, nie mmg best... jalan citer ada kala lembab sedikit tapi dalam ms tu minat nak th apa citer seterusnya semakin tak tertahan lagi.... kadang2 sampai berjam2 aku melepak tak bergerak dok leka membaca. Tahu akhirnya mmg puas end of the story happy ending mcm biasalah...
oklah pada yang masih belum membeli or ada niat nak beli novel nie apa kata kita layan seketika sinopsi cerita ini. jom layannnnnnnnnnnnn...............tapi sebelum tu aku dah fikir buku apa plak aku nak baca lepas nie....hehe... jom tgk kat sini carta apa yg dok tangga top 10 http://www.kedai-buku.com/
Sinopsis
CINTA antara Dayang Sabrina dan Ungku Isfan tidak boleh dipisahkan lagi walaupun telah dihalang oleh Ungku Saerah. Namun, bermulalah suatu episod duka di mana Dayang termakan janji manis wanita itu untuk menerima jemputan ke suatu majlis.
Di situlah, Dayang menerima segala kemarahan dan kebencian wanita itu. Dia dituduh cuba menjerat cinta Ungku Isfan sematamata kerana kedudukan dan kemewahannya. Dia turut diselar dengan kata-kata nista yang benar-benar merobek jiwanya. Hati Dayang tercalar bagai dihiris sembilu. Siapa yang mahu diri dihina sedemikian rupa? Lantaran, dia melarikan diri dengan hati yang lara dan perasaan yang hiba sehingga terlibat dalam suatu kemalangan ngeri. Mujur, nyawanya masih panjang. Trauma kecacatan wajah yang dialami berat untuk ditanggung walaupun telah dibedah.
Lima tahun berlalu... Dayang bangkit dengan suatu tekad. Dia mesti membalas dendam. Keangkuhan dan keegoaan Ungku Saerah harus ditundukkan. Namun, niatnya tidak sampai ke penghujung apabila munculnya seorang lelaki yang telah lama menghilang. Kehadirannya membongkar suatu peristiwa yang berlaku di dalam keluarga ternama itu.
Tinta Penulis:
‘SYAIR CINTA’ mengutarakan persoalan cinta yang dihadapi oleh beberapa individu dalam situasi berbeza. Kesan sejarah silam, cinta Ungku Putra Isfan dan Dayang Sabrina terlerai. Cinta Ungku Putra Ismadi turut kecundang, tidak kesampaian. Semuanya kerana Ungku Saerah, yang menjadi prejudis terhadap setiap wanita yang cuba dibawa masuk ke dalam keluarga mereka.
Anehnya dalam suatu masa yang sama, Ungku Putri Qamelia mulai diburu oleh cinta seorang pemuda bernama Mikhail Mursyid. Manakala gadis yang bernama Salyna mula mencuri tempat di hati Ungku Ismadi.
Bayangan Dayang Sabrina juga muncul mengganggu mimpi Ungku Isfan. Semuanya itu kelihatan seperti terancang. Namun, tiada siapa terduga bahawa ada misteri dan rahsia di sebalik setiap kejutan dan segala ketentuan... Paparan mesej di dalam novel ini mengutarakan kesucian cinta yang cuba melepasi segala rintangan. Cinta yang tulus memang sedia wujud, segar mekar, tidak pernah layu di jiwa setiap insan. Dalam himpitan pahitnya kenangan dan kejamnya keadaan, masing-ma sing berjuang dalam menggapai desakan cinta meskipun de ngan hati terluka. Namun, berjayakah mereka men capai bahagia? Adakah itu nilaian terbaik buat diri sendiri dan orang-orang tersayang? ‘Syair Cinta’, saya hidangkan khas buat semua pembaca untuk menying kap sebuah persoalan... Selamat menerokai wajah topeng cinta di hati Mikhail Mursyid dan Salyna Sobri!
Thursday, May 7, 2009
SELAMAT HARI IBU
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya??......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah nota ini kepada sahabat- sahabat anda.
Wednesday, May 6, 2009
Menu Dinner very sempoi

SAMBAL DAING POWER GILER
Bahan-bahan:-
100 gm ikan bilis
5 biji bawang merah
1.5 cm belacan
15 biji cili padi
125 ml air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
-saya tambahkan sedikit daun kunyit sebagai penambah aroma
Cara
1. Tumbuk bawang merah,cili padi dan belacan .Masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi. Air asam jawa digaul sebati pada bahan yang ditumbuk
2.Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga pecah minyak.Kacau rata.
3.Masukkan garam secukupnya.Kacau lagi hingga agak kering.
4.Angkat dan sedia dihidangkan.
boleh makan dengan nasi panas emmmmm yummyy!!!!
nnt dah cuba liena paste gambar yer...
PES TOMYAM
Bahan-bahan:-
3 s/b cili kering kisar
1 s/b udang kering dikisar
1 s/b belacan
1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
1 s/b gula
garam
2 s/b jus limau nipis
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat
1. Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.
Nota Tambahan
Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.
ingat balik nnt nak cubalah, nnt kalau dah siap liena paste gambar dia kat sini yer...
