Saturday, June 27, 2009

REBUTLAH PELUANG BERNIAGA SECARA ONLINE, 1000 LOT NIAGA PERCUMA DITAWARKAN.

Pengumuman! Kepada anda yang berminat untuk membuka lot niaga di http://bazarniaga.biz/showthread.php?t=27 sila daftar sekarang, percuma untuk anda bagi PAKEJ MEWAH. Blh pilih 2 bazar dan post topik terus. Hanya yg lengkap dgn cara beli, penghantaran, keterangan produk, harga dll shj yg layak untuk mendapat percuma selama sebulan.wasalam

Terima Kasih,

HONEY LIENA MALL
YM: SERAIWANGI76

Wednesday, June 24, 2009

Betul ker nie??? atau gurauan...


* pas nie manalah gamaknya kau nak sorok mukanya yg x cun nie yer.... muka masuk paper tu.....

Wanita didakwa menyamar doktor
Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail
nazuri@bharian.com.my
Khiron Mansor

Bekas pembantu klinik guna sijil palsu SHAH ALAM: Seorang wanita bekas pembantu klinik, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dua tuduhan menyamar sebagai doktor sambilan menggunakan nama Dr Nina di dua klinik di sini antara 2007 dan 2008. Khiron Mansor, 47, didakwa menyamar sebagai doktor sambilan di Klinik Bandaran di Seksyen 15 dan Klinik Anis di Seksyen Dua menggunakan sijil Perakuan Amalan Tahunan milik doktor lain. Khiron didakwa menyamar sebagai doktor sambilan di Klinik Bandaran dan menerima bayaran upah mengikut jam sebanyak RM390 pada 2 September 2007 dan 31 Oktober 2007.
Dia juga didakwa melakukan kesalahan sama di Klinik Anis dengan menunjukkan sijil Perakuan Amalan Tahunan milik doktor lain dan menerima upah bayaran mengikut jam sebanyak RM470 pada 9 Mac 2008 dan 26 Mac 2008. Ibu kepada empat anak itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan itu dan minta dibicarakan. Majistret Afifah Mamat @ Yusof menetapkan 8 Julai untuk sebutan kedua. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Dalira Din, manakala tertuduh diwakili Peguam, Bustaman Mansor.
Afifah membenarkan Khiron dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 bagi dakwaan menipu Klinik Bandaran dengan seorang penjamin dan RM2,500 untuk tuduhan menipu Klinik Anis, juga seorang penjamin. Bagi kedua-dua tuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu untuk mendapatkan bayaran dan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta denda. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Chong Mun Phing, berkata tertuduh ditahan di sebuah klinik di Bukit Sentosa ketika menyamar sebagai doktor sambilan pada 3 Jun lalu. Katanya, penyamaran wanita itu terbongkar apabila seorang doktor di klinik itu memeriksa sijil perakuan dan mendapati nama yang digunakan pada sijil itu milik doktor lain yang mempunyai klinik di sini.
Chong berkata, wanita itu bijak menyamar dan tahu tugas seorang doktor kerana pernah bekerja sebagai pembantu klinik selama beberapa tahun di beberapa klinik. "Siasatan mendapati suspek mencuri sijil perakuan yang dikeluarkan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dari sebuah klinik di Kelantan dan mengubah nama serta maklumat peribadi," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini. "Wanita ini akan ke klinik untuk menawarkan perkhidmatan sebagai doktor sambilan menggunakan nama samaran termasuk Dr Nina dan menunjukkan sijil perakuan palsu sebagai bukti. Chong berkata, Khiron mengenakan bayaran antara RM30 hingga RM35 sejam dan dianggarkan memperoleh pendapatan RM5,000 sebulan hasil penipuan itu. Katanya, polis menerima enam laporan polis berhubung penipuan wanita itu iaitu lima klinik sekitar bandar raya ini dan sebuah di Bukit Sentosa. Beliau berkata, pihaknya juga sedang memburu kakak Khiron bernama Rossnah Mansor, 51, alamat terakhir Taman Sri Muda di sini bagi membantu siasatan.
Mmg aku tak sangka betul yerlah... mana taknya mmg rupa dia tak mcm penipu... tp tak sangka pompuan nie mmg boleh jadi "Pelakon pompuan terbaik" mmg tak kekok langsung... tp ada gak member kawan kat klinik tmpt pompuan nie kena dulu... bila tang kn jahit luka patient tetiba tangan dia mengeletar.. member aku pun dalam hati berdetik gaklah... ehhh doctor nie mcm tak biasa plak wat kena jahit menjahit nie... pelk bin ajaib gaklahkkan... tp dalam berani2 tu napak gaklah gabranya dia nie... mula tu tak caya gak dgr citer da nie tp doctor lain gak yg berciter benda yg sama baru aku percaya...Ya allah terkejut beruk aku bila dapat tahu doktor yg selama nie merawat pesakit sebenarnya adalah penipu besar, segala bapak penipulah dia nie... korang mesti pelik kan kenapa aku benci sangat dgn doctor nie... bukan apa sebenarnya pompuan ni, jadi doctor sambilan kat panel klinik tempat aku berkerja. Adalah beberap kali aku pergi untuk mendapatkan rawatan.... mmg tak caya sungguh bila fikirkan dia tergamak buat tindakan sedemikian rupa, dn sanggup membahayakan nyawa pesakit yg tidak berdosa ini..... paling aku kesian kat orwer klinik nie Doctor as (bukan nama sebenar) aku rasa dia pun baru dapat tahu yg doctor sambilan dia tu sebenarnya hanya layak jadi 'PEMBANTU KLINIK" ajer... tp dah duduk kat tempat yg tidak sepatutnya....fikirkan balik geram sungguh... sebab habis 1 family aku dah pernah buat rawatan kat dia.... mmg kaki manyamar betul... kalau ms bertugas, mmg nampak biasa... gaya pun mcm doctor2 gitu, siap dgn kaca mata dia, bibir merah menyala mcm b***t* beruk.....eye shedow tak kena langsung dgn baju..... bil tanya dulu doctor kerja kat mana sbb tak pernah juma u ka sini, dgn selamba badak dia jwp * badakpun tak mn tu.... I baru balik dari Arab Saudi brtugas disana sbg Doctor, nie pun baru balik malaysia dalam 3-4 bulan shj. hhe... hubby aku lagi sedap tanya soklan cepu mas... " em doctor dah kahwin ker???? ehhh saya belum kain, sapalah nak kita dah tua katanya....... servis dia mmg tip op.... tp yg membuatkan aku curiga tu bila dia kat dpn kita...siap boleh tgk buku lagi, b4 nk listkan nama2 ubat yg hendak kami telan nnt....

Sib baiklah aku cepat2 sedar kalau tak spital manalah aku duduk skang yer.... member opis 2 org dah terkena , kisah seremmmmm dan mengerikan buat mereka....

Tuesday, June 23, 2009

N3 MERAPU.... MY HAPPY FAMILY

nie gambar aku the only one kt c nie.... aku mmg jarang interprem...tak pandai bergayalah katakan.

kalau tgk gaya drg berposing nie, mmg kelakar... entah buat apa dipegangnya pokok tu... nak kata pokok tu nak tumbang tak jugak... nak kata sengit pun rasanya ok jer... entahlah LU PIKIRLAH SENDIRI...wuahhh..wuahhh...
adik mmg pandai bergaya, ngalah mcm model...pantang diacukan camera kat dia cepat ajer dia bagi post..post.. yg menanah biji mana aku tgk....hehe
korang layanlah yer... gambar2 nie masa wol gie holiday di cameron h/land

Hello...tokei..lu cakap mau kasi gua strawberry 1 lori ??? mana tarak pun ... sudah 1 tahun gua tggu lu kat sini tau...nie janggut pun sudah mau tumbuh...(hehe... tulah agaknya yg huuby aku ngomelkan tu...dia nie hp mmg tak leh berenggang, bz manjang..sampaikan cuti pun nak calling2)

Assalamualaikum semua,
N3 kali ini bukanlah nak citer apa pun cuma N3 merapu meraban ajer.... saja cari pasal nak isi masa terluang nie... kebetulan malam nie tak leh tido lak.... oklah dikesempatan ini liena nak ucapkan selamat hari bapa buat suamiku yg tercinta. Alhamdulillah dah 10 thn kami melayari kehidupan berumahtangga bersama dengan dikurniakan sepasang cahayamata yg sungguh comel dan menghiburkan hati.. anak yg sulong nama dia muhammad Zamir Iskandar (9 thn) & yang si adik pulak Puteri Qistina Batrisyia(6 thn). Alhamdulillah... syukur kerana allah memberi peluang kepada kami berdua untuk menjaga amanahnya..doakan semoga kami aman damai dan bahagia sentiasa... AMIN

Thursday, June 4, 2009

SYOKNYA JALAN-JALAN CUCI MATA



Hai tak sabarnya aku nak bercuti ke PD this weekend, dah 2 hari anak2 aku export ke sg besi.. almaklumlah cuti sekolah 2 mggu kan... tingin plak budak2 tu nak duk umah tuk mek drg.. sebagai ayah hubby aku turutkan ajer permintaan anak2 dia tanpa sebarang bantahan walaupun badan penat tapi diturutkan jugak.... yerlah kasi chan sikit budak2 tu lepaskan rindu kat nenek dan kakak sepupu dia disana....

mula2 tu risau gak sbb adik tak biasa tggl lama2.. nak2 bila malam mesti nak tido dgn mummy dia.. mlm semalam siap cakap lagi adik nak mummy, adik nak balik rumah, suh papa ambik adik sekarang jugak... hehe... mana boleh mummy ngn papa nak honeymoon nie.. marah betul dia...hahaha..saja jer suka sakat dia.

Abang dgn adik tak tahu lagi rancangn kami tuk bercuti di PD, kalau tahu emmm mesti pecah gegendang telinga aku dgr jerit pekik drg tu. saja nak bag surprise. Peluang cik zam dapat bilik apartment free dari supplier mmg ditunggu2. so holiday kali nie disponsor oleh kak halimah tokey baru astana apartment. Hadiah anniversary kami katanya. Poeirlah honeymoon pueh2... amboi kak dasyat sungguh bunyinya... takut aku dengar.. tq kak lain kai sponsorlah lagi yer...

oklah korang penat dah menaip, tggu yer edisi akan datang... dengan gambar percutian kami nanti. apa pun aku mmg tak sabar nak mandi laut. terasa mcm zaman budak2 plak...

Tuesday, May 19, 2009

Syair Cinta- Alaf 21

SYAIR CINTA
Alaf 21 (RM19.90)

AKU KAKI BUKU

Sejak sekian lamanya aku ketepikan minat membaca novel, nak kata tak de masa tak jugak tapi sejak pas kawen nie minat aku kat majalah mmg tak boleh dibendung2 lagi, pantang nampak jer majalah apa pun aku pasti beli... kadang2 menjeling gak cik zam... arrr belasah jerlah. Tangan ligat lagi mencapai 2-3 buah majalah kegemaran ku... entah mcm mn sambil leka dok membelik2 majalah aku dah sampai kat deretan novel keluaran terbaru ALAF 21... mak aikkk banyaknya novel... berpinar gak biji mata aku. Sambil mata ligat mencari novel yg menarik aku pun teruja dgn satu novel cinta nie.. tajuk mmg best giler citer tak pasti lagi.. emmm tak buang masa lagi aku pun letaklah buku2 yg aku sempat sambar tadi... belum sampai rumah lagi aku dah sibuk membelik buku2 yg aku beli tadi... cik zam mengomel jugak "mummy mcm budak2 dapat gula... tunggu2lah sampai rumah... dalam hati geram gak.. isyyy tak leh nampak aku nak menyenangkan diri.. dia bukan tak tahu aku nie mmg hantu buku... oklah nnt kita sambung balik yer.. citer seterusnya... kesudahan novel yg baru aku beli hari tu
tungguuuuuuuuuu!!!!!!!!!

21.05.2009

Akhirnya khatam gak aku baca novel, nie mmg best... jalan citer ada kala lembab sedikit tapi dalam ms tu minat nak th apa citer seterusnya semakin tak tertahan lagi.... kadang2 sampai berjam2 aku melepak tak bergerak dok leka membaca. Tahu akhirnya mmg puas end of the story happy ending mcm biasalah...

oklah pada yang masih belum membeli or ada niat nak beli novel nie apa kata kita layan seketika sinopsi cerita ini. jom layannnnnnnnnnnnn...............tapi sebelum tu aku dah fikir buku apa plak aku nak baca lepas nie....hehe... jom tgk kat sini carta apa yg dok tangga top 10 http://www.kedai-buku.com/

Sinopsis

CINTA antara Dayang Sabrina dan Ungku Isfan tidak boleh dipisahkan lagi walaupun telah dihalang oleh Ungku Saerah. Namun, bermulalah suatu episod duka di mana Dayang termakan janji manis wanita itu untuk menerima jemputan ke suatu majlis.
Di situlah, Dayang menerima segala kemarahan dan kebencian wanita itu. Dia dituduh cuba menjerat cinta Ungku Isfan sematamata kerana kedudukan dan kemewahannya. Dia turut diselar dengan kata-kata nista yang benar-benar merobek jiwanya. Hati Dayang tercalar bagai dihiris sembilu. Siapa yang mahu diri dihina sedemikian rupa? Lantaran, dia melarikan diri dengan hati yang lara dan perasaan yang hiba sehingga terlibat dalam suatu kemalangan ngeri. Mujur, nyawanya masih panjang. Trauma kecacatan wajah yang dialami berat untuk ditanggung walaupun telah dibedah.
Lima tahun berlalu... Dayang bangkit dengan suatu tekad. Dia mesti membalas dendam. Keangkuhan dan keegoaan Ungku Saerah harus ditundukkan. Namun, niatnya tidak sampai ke penghujung apabila munculnya seorang lelaki yang telah lama menghilang. Kehadirannya membongkar suatu peristiwa yang berlaku di dalam keluarga ternama itu.

Tinta Penulis:

‘SYAIR CINTA’ mengutarakan persoalan cinta yang dihadapi oleh beberapa individu dalam situasi berbeza. Kesan sejarah silam, cinta Ungku Putra Isfan dan Dayang Sabrina terlerai. Cinta Ungku Putra Ismadi turut kecundang, tidak kesampaian. Semuanya kerana Ungku Saerah, yang menjadi prejudis terhadap setiap wanita yang cuba dibawa masuk ke dalam keluarga mereka.
Anehnya dalam suatu masa yang sama, Ungku Putri Qamelia mulai diburu oleh cinta seorang pemuda bernama Mikhail Mursyid. Manakala gadis yang bernama Salyna mula mencuri tempat di hati Ungku Ismadi.
Bayangan Dayang Sabrina juga muncul mengganggu mimpi Ungku Isfan. Semuanya itu kelihatan seperti terancang. Namun, tiada siapa terduga bahawa ada misteri dan rahsia di sebalik setiap kejutan dan segala ketentuan... Paparan mesej di dalam novel ini mengutarakan kesucian cinta yang cuba melepasi segala rintangan. Cinta yang tulus memang sedia wujud, segar mekar, tidak pernah layu di jiwa setiap insan. Dalam himpitan pahitnya kenangan dan kejamnya keadaan, masing-ma sing berjuang dalam menggapai desakan cinta meskipun de ngan hati terluka. Namun, berjayakah mereka men capai bahagia? Adakah itu nilaian terbaik buat diri sendiri dan orang-orang tersayang? ‘Syair Cinta’, saya hidangkan khas buat semua pembaca untuk menying kap sebuah persoalan... Selamat menerokai wajah topeng cinta di hati Mikhail Mursyid dan Salyna Sobri!

Thursday, May 7, 2009

SELAMAT HARI IBU

Kisah Seorang Mak
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
* Bila dahaga, yang susukan aku....mak
* Bila lapar, yang suapkan aku....mak
* Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
* Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
* Bila bangun tidur, aku cari....mak
* Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
* Bila nak bermanja, aku dekati....mak
* Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
* Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
* Bila nakal, yang memarahi aku....mak
* Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
* Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
* Bila takut, yang tenangkan aku....mak
* Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
* Aku selalu teringatkan ....mak
* Bila sedih, aku mesti talipon....mak
* Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
* Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
* Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
* Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
* Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
* Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
* Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
* Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
* Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
* Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
* Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak * Yang selalu berleter kat aku...mak
* Yang selalu puji aku....mak
* Yang selalu nasihat aku....mak
* Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
~ Aku ada pasangan hidup sendiri~
....Bila seronok, aku cari....pasanganku
....Bila sedih, aku cari....mak
....Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku tp
....Bila gagal, aku ceritakan pada....mak,
....Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
....Bila berduka, aku peluk erat....emakku,
....Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku,
....Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
....Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
....Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
....Selalu.. aku ingat pasanganku
....Selalu.. mak ingat kat aku
....Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
....Entah bila... aku nak talipon mak
....Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
....Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".Berderai air mata jika kita mendengarnya........Tapi kalau mak sudah tiada.......... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya??.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya??..... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya??..... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya??....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya??.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya??.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya??......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00 * bertuah sungguh anak ini

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah nota ini kepada sahabat- sahabat anda.
1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

Wednesday, May 6, 2009

Menu Dinner very sempoi





Mood masak malam nie tetiba ada, selalu mmg tak larat orrrrrrrr..... mn tak nya den nie siang kojo, mlm plak kono masak...emmm mmg pengsanlah jawabnya. oklah sampai jer kat rumah terus capai periuk masak nasi tuk anak2 laki den ada metting plak mlm ni dgn org PKNS, tak perlah masak tuk anak manja den 2 org tu.. lagi pun dak abang demam lagi belum fully recover, so ingat nak masak yg sempoi2 ajer. belek ais box tgk ikan,udang,sotong,daging semua keras kedegang...alamatnya esok jerlah anak2 den dpt makan. pikir punya ahhh belasah jerlah so... nilah menu yang terhasil...jadilah sib baik budak2 yg makan hehe... sukalah drg mmg peberet drg tu..aku diet plak mlm nie rasa kenyang lagi.
Ingat tadi nak wat pes tomyam nak bg kat member2 opis tp lotih plak rasa bdn nie. sib baik ada anak dara sunti den terlebih rasa plak dia nak ambil tender basuh pinggan magkuk kat dalam sinki tu, ala bukan banyak pun cawan2 ngn mangkuk kecik2 drg makan tadi.. pandai plak dia rasa tak caya jer dia wat tu semua, biasanya mmg pemalas ya amat. hehe kena jet sikit tadi laju ajer dia tolong. dak abg bz mandi maklumlah baru balik sekolah sian dia letih sangat nampaknya.. tak perlah bang mlm nnt mummy urut abang yer ala cian dia bucuk2...
settle jer drg makan aku apa lagi layanlah blogging hehe mmg jadi ketagih tau kalau sehari tak mengadap benda nie.... apa pun kalau korang larat lagi nak baca silalah tapi kalau rasa nak muntah dah.... lantak koranglah yer....hehe... tahan jerlah sapa suh baca.... huahuahua.... tak delah gurau jer... apa pun tima kasih banyak2 sbb selalu singgah blog den nie... den tahu koreng mmg kaki skodeng hehe....
" Selamat malam & have a sweet dream everyone" tata